PENTING! Notis Transformasi Versi Baru Yuran.My Ver 3.0

Created by Asri Ahmad, Modified on Mon, 06 Jun 2022 at 08:56 PM by Asri Ahmad

Kepada semua yang disayangi,


Kami di Yuran.My sentiasa berusaha memberi yang terbaik untuk anda dalam mengguna sistem dan aplikasi kami. 


Oleh itu, kami teruja untuk berkongsi berita terkini bahawa sistem Yuran.My akan membuat suatu transformasi versi baru demi keselesaan and kemudahan anda. 


Antara perubahan-perubahan besar yang berlaku adalah seperti berikut


Rekabentuk

Kami menukar rekabentuk dan susun letak untuk memberikan lebih kesegaran baru apabila anda menggunakan sistem Yuran.My. 


Rekabentuk Responsif Mengikut Saiz Skrin Anda

Kami tambah baik skrin yang dipaparkan dan ianya akan berubah mengikut saiz skrin anda. Samada anda menggunakan telefon bimbit, tablet, notebook atau desktop komputer, sistem Yuran.My sesuai utnuk anda gunakan


Tambahan fungsi

Ada lebih banyak fungsi-fungsi sistem ditambah selain kami menambah baik proses-proses yang sedia ada


Pembayaran Tanpa Login

Invois boleh dilihat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu masuk kedalam sistem. Pembayaran boleh dilakukan tanpa perlu login. Jadi, abang, adik, kakak, atuk, nenek atau penaja boleh membayar untuk anda. Jangan risau, setiap bayaran akan terus dikemaskini mengikut rekod yang betul


Pendaftaran Online + Skrin Bayar

Tak perlu buat borang lain untuk daftar. Lancarkan sahaja dari sistem Yuran.My. Sedia dengan skrin pendaftaran secara dalam talian dengan pilihan untuk membuat bayaran secara dalam talian. Mudah bukan!


Modul Hebahan Maklumat

Berkongsi maklumat, berita, pengumuman dan link Google Meet/Zoom secara langsung kepada ahli, murid atau semua pengguna sistem Yuran.My. Maklumat ini boleh dihantar terus ke aplikasi telefon bimbit, email, whatsapp dan sms


Integrasi Notifikasi - Telefon bimbit, Whatsapp, SMS dan email

Selain dari hebahan maklumat, semua notifikasi sistem seperti pemberitahuan invois, resit bayaran dan sebagainya boleh dihantar terus kepada sumber-sumber yang sering digunakan oleh pengguna. Semua integrasi telah sedia dan hanya menanti untuk menjalankan tugas sahaja.


2 Peringkat Modul Kehadiran

Kami menyediakan 2 peringkat kehadiran. Pertama untuk pastikan sesuatu kelas itu berjalan dan tempoh ia dijalankan. Kaedah ini membantu anda yang menggunakan khidmat pengajar sambilan dan membayar mereka mengikut jumlah masa yang digunakan untuk kelas tersebut. Kaedah kedua ialah kehadiran pelajar itu sendiri. Boleh rekod kehadiran pelajar untuk setiap sesi


Dua Bahasa & Boleh Tambah Ayat Anda

Menu yang lebih fleksibel. Kami sediakan system dalam dua Bahasa. Boleh pilih untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Ingeris. Selain itu, menu-menu ini boleh ditukar mengikut ayat atau perkataan yang anda suka tambah menjejaskan kos sistem


Borang Sedekah Jariah / Infaq

Kami mudahkan anda dengan menyediakan suatu plat borang derma/infaq/ Jariah/ Wakaf untuk apa sahaja program kebajikan anda. Borang ini boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja dan dimana sahaja selagi mereka mempunyai akses internet 


Audit Log Aktiviti

Menyimpan log untuk setiap aktiviti yang dijalankan dengan disertakan tarikh dan masa. Ini akan membantu anda untuk membuat analisa dan kajian forensik andainya ada berlaku sebarang perubahan pada sesuatu yang tidak diingini.


Email Anda

Email anda boleh digunakan sebaga sumber utama untuk pengguna. Kita tukarkan maklumat penghantar dari yuran.my kepada alamat email anda. Ianya sangat membantu dlm menaikkan


Letak Jenama Anda Di Dalam Sistem.

Kami membenarkan unda untuk meletakkan jenama anda di dalam sistem Yuran.My sebagai contok sekolahABC menggunakan sekolahabc.com sebagai jenama mereka.



Ada banyak lagi perubahan - perubahan yang kami laksanakan. Namun apa yang tersenarai ini adalah cukup untuk dikongsi bersama.


Kami ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda


Download aplikasi telefon bimbit anda di sini






Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article